NADI X MAHIR – KELAS MAHIR MASAK MINGGU – 1 (SESI 3) SESI RAKAMAN

21 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Julai 2026 (Selasa), NADI Bengoh telah melaksanakan Kelas Mahir Masak Intake 4 bagi Minggu 1: Pengenalan dalam Sesi 3 (Sesi Rakaman) pada pukul 8:15 pagi sehingga 9:30 pagi. Program ini telah disertai oleh seorang peserta tempatan yang mengikuti sesi pembelajaran secara dalam talian, dalam sesi rakaman.

Sesi pengenalan ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai struktur kursus, objektif pembelajaran, jadual kelas dan kaedah pelaksanaan program. Peserta juga diperkenalkan kepada modul pembelajaran yang merangkumi asas kemahiran memasak, penyediaan resipi serta amalan kebersihan dan keselamatan di dapur.

Sepanjang sesi berlangsung, peserta memberikan perhatian yang baik terhadap penerangan tenaga pengajar. Mereka bukan sahaja memahami perjalanan kursus, malah didedahkan kepada kaedah meningkatkan kemahiran memasak secara tersusun serta membina keyakinan dalam menyediakan hidangan yang berkualiti.

Penyertaan dalam Kelas Mahir Masak Intake 4 diharapkan dapat memperkukuh kemahiran memasak, menggalakkan kreativiti dalam penyediaan makanan serta membuka peluang menjana pendapatan melalui bidang kulinari. NADI Bengoh akan terus komited untuk memperkasa pembelajaran sepanjang hayat dan pembangunan kemahiran komuniti setempat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali